Life is not always beautiful, give me a strength to face it, ..

Bawalah pergi cintaku, Pada ke mana pun kau mau, Jadikan temanmu, Temanmu paling kau cinta, Di sini ku pun begitu, Trus cintaimu di hidupku, Di dalam hatiku, Sampai waktu yang pertemukan, Kita nanti..

Rinduku padamu ibarat hikayat.....Walau berdekad diceritakan tetap teruja mendengarnya...Rindu padamu bagaikan hembusan nafas terasa diAromaku....Membuat aku resah menantimu....Walau sedetik...Percayalah kasihku bayanganmu menjadi igauanku.Hadirmu Bagai Suria Pagi....Sinarnya Lembut Memamah Embun...Tatkala Terik Ia Bagaikan Membakar Api Asmara Yang Bergelora Didada...Kasihku Padamu Selembut Bayu Petang Yang Mengetar Dijiwa...Rinduku Padamu Bagai Garis-Garis Senja Yang Tak Sabar Menanti Bulan Melimpahi Cahayanya Kedalam Lautan Cinta Kita... Telah Kukirimkan Pada angin Yang Aku Terlalu Merinduimu...Juga Telah Aku Taburkan Benih-Benih Kasih Pada Embun Yang Turut Membasahi Bumi...Sempat Juga Aku Ukir Namamu Dikaki Langit Sebelum Fajar Menyising Hari...Tidakkah Kau Rasa Apa Yang Kurasa...Dapatkah Kau Jalinkan Yang Kuserahkan Padamu...Untuk Kau...Mengertilah Bahawa Aku Terlalu Menyintaimu...Sayangku Benar Sayang Aku Merinduimu,menyayangimu,Mengasihimu...Tanyalah Pada Bulan Betapa Aku Setia Menantimu...Lihatlah Pada Bintang Yang Bertaburan Dilangit...Begitulah Kasihku Padamu Tidak Terkira...Bagai Sungai Yang Mengalir..Bak Tebing Yang Kukuh...Begitulah Setiaku..Itulah Janjiku Padamu...Selagi Masih Bernafas Selagi Itulah Aku Akan Tetap Bersamamu... Bukan Niatku Membiarkan Dirimu Terbiar Sepi...Tapi Aku Sendiri Hanyut Dibuai Gelora Asmaramu...Bukan Tiada Madah Cinta Untukmu... Tapi Jiwaku Masih Hilang Dalam Lautan Kasihmu... Rinduku Kini Kembali Bersarang Diranting Kasih.. Sayangku Kian Kembang Mekar Dipohon Asmaramu..Cintaku Kukuh Bertunjangkan Kesetiaanmu..Demi Rindu Yang Mencengkam Kalbu...Demi Cinta Yang Setia...Untuk Kasih Pada Kekasih..Aku Tak Akan Biarkan Kau Derita Menahan Gelora Asmara Yang mengigit Dijiwa... Rindu Tak Semestinya Mau...Tak Bersua Tak Bererti Jemu..Cinta Tak Semestinya Bertemu...Kasih Tak Bereti Bercumbu Selalu...Kerna Jika Hati Dan Jiwa Dah Bersatu..Walau Dimana Tak Kira Masa...Kasih Tetap segar Bermain Dijiwa... ERTI CINTA. CINTA.... DI MANA NILAI NYA? ...... CINTA.... DI MANA KETULUSAN NYA?.... CINTA.... DI MANA SUCINYA ?.... MALAM SEPI MENGHIMPIT NALURI SEPI MENGINTAI JIWA KU CARI ERTI DALAM SEBUAH NILAI PERASAAN PERASAAN YANG BERNAMA CINTA KU GAPAI BINTANG YG BERSINAR HANYA SINARNYA DALAM GENGAMAN KU GAPAI REBULAN YG INDAH HANYA KEINDAHAN DAPAT KURASAKAN KU SELAM LAUTAN CINTA KU LEMAS DALAM GELOMBANGNYA LAUTAN SEMAKIN MENGHUKUM PERASAAN OMBAK MEMUKUL JIWA AKU TERDAMPAR DI TEPIAN MUARA OMBAK..... BUIH MU BERALUN INDAH DESIRAN PANTAI BELAGU MERDU KU KENAL ERTI CINTA.... NILAI NYA PADA KEJUJURAN KELUTUSANNYA PADA KESETIAAN KESUCIAN PADA IKATAN .... KINI KU BELAYAR TENANG DENGAN ERTI CINTA ERTI CINTA YANG KU CARI KEBAHAGIAAN KU MILIKI KERNA KEJUJURAN,KESETIAAN TELAH MEMBUKTIKAN SEGALANYA MENGALIR MUTIARA SUCI DARI PANCA INDRA INI DENGAN LAFAZ AKAD MU AKU SURI JIWA RAGAMU DENGAN LAFAZ KASIH..... IKATAN SUCI TERIKAT TEGUH DENGAN ERTI NILAI SEBUAH MUTIARA CINTA SEJATI.... Andai di tanya hati ini sejauh mana teguhnya ikatan cintaku akan ku teriakan pada mereka cintaku takkan layu takkan pudar di telan zaman Andai di tanya diri ini seteguh mana pegangan cintaku akan ku bilang pada mereka aku kan jadi sesetia Hang Tuah relaku korban demi pertahankan kesetiaan Tapi sejauh mana kebenaran itu untuk kita mempertahankan cinta sedangkan kita sendiri tahu bahwa kita hanya manusia biasa yang senantiasa leka Aku tak mahu jadi hamba cinta aku tak rela diperbodohkan oleh cinta namun aku mahu jatuh cinta dan aku mahu terus dicinta jadi, apakah erti cinta ini jika kita si pencinta sendiri ragu pada cinta wahai pencinta, sesungguhnya hidup mu penuh dengan pembohongan pembohongan pada perasaan cinta dan perasaan pembohongan pada mereka yang menagih cinta kerana kamu sendiri tak tahu apa itu cinta.... WELCOME TO MY BLOG Cheetah Kene Selumbar @ Jmuzzaffar

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!
Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya


Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.
Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.
Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.

Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”

Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa
cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata ci
nta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.

Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.

Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.

Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap.

Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.
Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

Janganlah engkau menangis kerana gagal bercinta kerana lambat-laun manusia pasti akan meninggalkan segala apa yang dicintai.

Cinta itu cahaya yang menyirami kehidupan. Hidup menjadi suram jika orang yang kita cintai tidak turut sama menikmatinya.

Cinta itu adalah api, namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan kita.

Segulung ijazah adalah lebih bermakna dari surat cinta.

Orang bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah sendi segenap keutamaan di dunia ini. Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur. Orang yang bercinta tidak pernah khianat kepada orang yang dicintainya, tidak pernah menyakiti dan tidak pernah mengecewakan.
Filem Mohabbatein memaparkan bagaimana kekuatan cinta berjaya menundukkan ego seorang ayah dan sekali gus seorang pengetua yang membenci cinta.

Cinta memang perasaan yang menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yang sentiasa baru dari zaman ke zaman dalam hidup manusia. Lebih daripada itu, cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini.

William Shakespeare pernah berkata: "Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu.

Ya, hampir semua manusia pernah hidup di bawah langit cinta. Ia mempesona dan mewarnai pelbagai wajah. Ia menghiaskan kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta itulah madunya.

"Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya," demikianlah kata-kata orang bijak yang memang kita percayai dan tersemat dalam jiwa kita yang terdalam.
Namun ingat bahaya cinta: cinta monyet ialah cinta keanak-anakan, cinta palsu sekadar basa-basi atau penghormatan, cinta saku merosak saku menguras wang. Oleh itu, 'bercintalah' dengan sepenuh hati kerana cinta sejati sajalah yang akan menghasilkan cita-cita luhur dan abadi. Cinta sejati memang tidak terungkap dengan kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan 'pencintanya'.

Lihatlah dan renungilah kata-kata Bung Karim tentang cinta: "Cinta kepada harta bererti bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup, cinta kepada Tuhan ertinya takwa."

Atau renungi pula kata-kata Hamka: "Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan."

Sentuhan cinta semakin tersengat bahkan amat diperlukan dalam konteks sekarang, memandangkan sentuhan cinta kemanusiaan semakin terhakis dengan berlakunya peristiwa-peristiwa 'mencemaskan' umat manusia seperti keganasan global, perang tanpa henti, konflik antara umat yang mengaku beragama, seolah-olah membayangkan sentuhan cinta sesama manusia telah 'tercabut' daripada jiwa terdalam manusia. Walhal cinta itu adalah jiwa, di antara cinta sejati dengan jiwa tidak dapat dipisahkan, kerana cinta pun merdeka sebagaimana jiwa.
Ia tidak membezakan di antara yang kuat dan lemah, di antara kaya dan miskin bahkan antara darjat dan bangsa. Tetapi inilah yang kita saksikan di merata dunia.

Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan, apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan. Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-Farabi bahawa cinta yang ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu sebenarnya adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang. Bak kata Hamka lagi: "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

Kamu hanya tahu menyebut
cinta itu buta

Setiap kesalahan yang kau lakukan
pastinya kau akan menyalahkan cinta
tapi kau mungkin tidak menyedari yang cinta juga seolah-olah mempunyai perasaan
dan jika ALLAH yang Maha Kuasa itu membenarkan cinta bertukar menjadi seorang manusia
pastinya cint
a akan meluahkan perasaan yang dipendamnya selama ini

Cinta ada di dalam diri setiap manusia
cinta akan turut menangis di saat sekeping hati milik si gadis atau si jejaka di lukai

Cinta turut merasa gembira di saat seorang gadis tersenyum ketika membuka pemberian dari kekasihnya

Cinta juga akan turut merasai sakit yang perlu ditanggung di saat
seorang jejaka mahupun seorang gadis mencurangi kekasihnya

Cinta juga akan turut merasa pedihnya di saat menerima berita yang tidak di sangka-sangka dari kekasih kepada gadis atau jejaka yang 'dihuninya'
seperti berita tentag kematian, kemalangan, permasalahan yang menimpa dan berbagai lagi

Cinta juga akan bersama-sama mengucapkan syukur apabila
perasaan si gadis atau jejaka tadi berbalas.
Malah, cinta juga akan turut merasakan pedihnya di saat si jejaka atau si gadis meminta untuk memutuskan perhubungan yang sekian lama terjalin

Sedarlah wahai manusia yang sedang dilamun cinta
mahupun yang baru bercita-cita untuk jatuh cinta

CINTA TIDAK PERNAH BUTA
Sesungguhnya, cinta itu dapat melihat apa yang di lakukan oleh sepasang kekasih
dan sesungguhnya,
cinta akan turut menangis saat kita menangis
Cinta juga akan turut tertawa
di saat kita di selubungi bahagia..

Intro:
C Am G F G

Verse:
C
Well when you go
Am
don’t ever think i’ll make you try to stay
G
and maybe when you get back
C
I’ll be off to find another way
C
And after all this time that you still owe
Am
you’re still the good for nothing i don’t know
G
so take your gloves and get out, better get out
C
while you can

Chorus:
F G
When you go
G/G# A5 G5 F5
would you even turn to say
F/E F
i don’t love you
G
like i did
C
yesterday

Verse:
C
sometimes i cry so hard from pleading
Am
so sick and tired of all the needless beating
G
but baby when they knock you down and out
C
it’s where you oughta stay
C
and after all the blood that you still owe
Am
another dollar’s just another blow
G
so fix your eyes and get up, better get up
C
while you can

Chorus2:
Guitar solo:
Chorus3:
F G
When you go
G/G# A5 G5 F5
would you have the guts to say
F/E F
i don’t love you
G
like i loved you
C C/B A G
yesterday
F
i don’t love you
G
like i loved you
C C/B A G
yesterday
F
i don’t love you
G
like i loved you
C
yesterday

ku tuliskan kisah kita,
didalam puisi cinta,
semoga kau akan terima,
diri ku seadanya,
















tapi ini semua,
khayalan semata,
diri ku kau hina,
tak berharga,











oh ******* **** ku cinta,
jernihnya kilau sinaran mata,
terbitnya cinta tiada terduga,
disaat hati mu tidak terbuka,












meranalah hati ku,
menantikan hadirnya dirimu,
dalam doa ku sebutkan nama mu,
agar kau menjadi milik ku,

















biarlah tak mengapa,
mungkin kau bukan milikku,
semoga kita semua,
akan bahagia,













diri ku kian sendiri,
mencari erti cinta..












p/s : semangat "The MOM" dalam perjuangan "pinkrock" tidak akan terkubur. Semoga
impian menjadi nyata. Insya Allah..


Ku kehilannganmu kasih
Ku terbayang kenangan nan silam
Kau penuh kepalsuan diri
Dikau hanya pandai permainkan cinta

Tiada gunanya lagi
Bila kau pentingkan diri
Pedihnya hatiku ini
Tinggalkan ku sendiri sepi

Kau ku sangka "permata" cinta
Anggapkan yang sempurna
Rupanya ku salah duga

Kau jangan sampai terlupa
Kau hanyalah bunga rimba
Akhirnya layu jua
Kau kan kecewa

Tiada gunanya lagi
Bila kau pentingkan diri
Pedihnya hatiku ini
Tinggalkan ku sendiri sepi

Kau ku sangka permata cinta
Anggapkan yang sempurna
Rupanya ku salah duga

Kau jangan sampai terlupa
Kau hanyalah bunga rimba
Akhirnya layu jua
Kau kan kecewa


Banyak Ketawa Mematikan Hati
Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?
Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.
Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,
Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.[1]
Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!
Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan MEMATIKAN HATI. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,
Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.[2]
Kita biasa dengar,
Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!
Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.
Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.[3]
Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan
Ketawa memang seronok. TAPI YANG MENJADI BAHAN KETAWA SANGAT MENYAKITKAN HATI. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan – mentertawakan orang lain.
Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘WATAK UTAMA’ kisah gurauan tersebut?
Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.
Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. BEGITU MURAHKAH NILAI PERSAUDARAAN DALAM ISLAM?? Sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?
Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.
Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda
Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud aku "betul-betul bercakap bohong". Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.
Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,
Aku main-main je la…
Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.
Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :
Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]
Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.[5]
Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.
Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.[6]
Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.
Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.
Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.
Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.[7]
Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.
Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.
Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).
Mereka itu menjawab: “Tidak!
Maka Umar r.a. menjawab:
Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.
Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka.Na’uzubillahi min dzalik.
~Wallahu a’lam~
Nota kaki:
[1] Ihya’ Ulumiddin, Imam Ghazali, Jilid 4, Bab Bahaya Lidah.
[2] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[3] Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan ‘Aisyah r.a.
[4] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[5] Riwayat at-Tirmizi.
[6] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[7] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.

Followers

About Me

Photobucket
Powered by Blogger.